Menu

0

RM0.00

PERBEZAAN DIANTARA OIL COOLED DAN LIQUID COOLED!

OIL COOLED

Sistem penyejukan bahan pelincir jenis minyak, dimana minyak pelincir akan disejukkan supaya properties minyak dapat beroperasi dalam keadaan optimum tanpa gangguan dari haba terlampau panas.

Kelebihan oil cooled adalah pada penyelenggaraan yang murah dan mudah diselenggara, tetapi pengawalan suhu enjin tidak terlalu baik berbanding liquid cooled disebabkan properties minyak yang likat dan sukar mengeluarkan haba yg tersimpan didalam minyak juga perlukan minyak itam yang tiggi kualitinya iaitu semi sintetik keatas adalah terbaik. Jika pakai mineral, maka bukan cover enjin nampak enjin hitam.

LIQUID COOLED

Sistem penyejukan menggunakan cecair bukan minyak, bahan asas adalah air TETAPI dengan tambahan coolant ia mampu beroperasi pada suhu lebih tinggi dari takat didih air. Dari segi sistem oil cooled dan liquid cooled, keduanya ada kelebihan dan kekurangan.

kelebihan liquid cooled pula prestasi enjin dapat ditingkatkan kerana suhu enjin telah dikawal pada kadar yg optimum hasil dari penyisihan haba yang optimum…ini kerana coolant tersebut mampu menyerap haba dari enjin dan disisihkan melalui radiator dgn kadar yg cepat….TETAPI penyelenggaran amat penting kerana sifat2 coolant yang mudah meruap, salah/lambat maintenance boleh menyebabkan enjin rosak.

Leave a Reply

Add a comment